Wednesday 15 February 2012

1001 KISAH DI GUNUNG TAHAN [ bahagian 3 ]

dah banyak bahagian pulak cerita tahan aku nie..
aku cuba ringkaskan seringkasnya..
 entri kali nie about hari kedua, hari ketiga dan hari ke empat ..

hari kedua

trek yang dilalui..tangga semulajadi..hehe

nie kat kubang, nak pergi berlumut,then terus ke bonsai..
start kubang sampai ke puncak, mencanak habis!

kami sudah tiba di bonsai.
salli kelaparan..
masak rusky 3 bungkus, bahagilah berapa org yg dlm gambar  nie + jurufoto..
huhu..memang tak cukup..

on the way ke botak..
best jalan kat sini..
kabus..
dah nak malam..

cantik kan?

kami di kem botak..
sejuk dah masa nie...
sikit ajer lagi nak sampai puncak..
lebih kurang jam 8.30 - 9.00 malam, kami sampai di puncak.
alhamdulillah.

jum memasak!

subhanallah..
mentari di puncak tahan..
awal pagi nie.

alhamdulillah..

mereka best!

kamilah penyamun + MBP..
selepas nie, kami akan berpisah..
aku meneruskan perjuangan ke KUALA TAHAN..

hari ketiga


menuju jalan yang tak pasti..
mahu terus shoot ke pangkin..

hari nie, hari yang panas

trek pun, trek yang tak best...

haha..
aku tak ingat ape yang berlaku..
tp rasenyer si fahmi suruh aku pegang kejap payung die..
haha..pandai jurufoto nie..

subhanallah..
view sgt cantik..

macam luar negara kan? realitinya ini trek tahan.

bangkai kapal terbang yang terhempas di sini suatu masa
dahulu..

panas..


on the way ke tangga 15

di tangga 15.
sampai pangkin, 8 mlm..

hari ke empat

pagi di kem pangkin bawah..

pokok sarsi boleh didapati disini..
sedap giler air nya..
huhu..

kami di kem teku..
sebentar lagi akan ku rentas 8 sungai utk sampai ke kem puteh..

sungai yang dalam..
huhu..

dan sungai2 terus diredah.
kami sampai di kem puteh jam 8 mlm..

perjalanan sudah separuh, lagi dua hari utk dilalui.
nantikan gambar hari kelima dan ke enam di bahagian empat..

1001 KISAH DI GUNUNG TAHAN [ bahagian 2 ]

akanku sambung kisahku kembali..
BERMULALAH PERJALANAN MENUJU PUNCAK

hari pertama punya cerita..

mulakan dengan warm up badan anda

alamak!
dah start ker?
soalan yg asyik main dalam minda,
tapi
kuatkan hati

kalau tak silap,kena cross 4 sungai before sampai kem
nie sungai 1..ok lagi

kurang ok dah...

rasa sungai yang sama,tak sure jugak

masa nie,aku dah sampai kat atas da..
seriau kot lalu sungai nie..
baru rase macam ne air sungai tahan..
sikit lagi nak sampai kem kor
chaiyyok3!!

alhamdulillah, sampai jugak kami ke kem kor.
esok akan ke puncak..
tunggu bahagian ke 3 pula.. <3 you alls..
haha..





Tuesday 14 February 2012

1001 KISAH DI GUNUNG TAHAN [ bahagian 1 ]

salam semua.
baiklah.
entri kali ini,aku akan masukkan gambar-gambar sepanjang aku mendaki Gunung Tahan.
basically,semua gambar ini dari orang lain.
credit to : kak pah, chort, abg fyezal, bob :
 harap korang enjoy! 


BAHAGIAN PERTAMA : SEBELUM MEMULAKAN PENDAKIAN


 sesi perkenalan dengan kak mokja,kak pah and kak aya


declare barang-barang
barang penting di declare kan :
gas,plastik
dll. hehe.

taklimat bermula
dalam hati berdebar-debar
" betul ke aku nak naik tahan nie?"
haha. raselah  kau,lieya!
bergambar beramai - ramai
saye paling pendek. carilah. ^.^

punggah la semua beg-beg yang berat2 nie

off to starting point
best giler naik 4wd nie.
40min jgk perjalanannya

jalan mule2 memang landai macam nie
nant naik,turun,naik turun
macam roller coaster da.
BEST

inilah starting kamiorang
SANTUARI KELAH
main ikan kelah dulu..

kami suka main ikan kelah
walaupun tak pernah angkatnyer,
 mcm pakcik ni buat.
licin taw

tengoklah kanak-kanak ribena
mencuba dan terus mencuba
last2 sorang ajer dpt..
haha

makan dulu sebelum bersiap untuk mendaki
waktu nie jam 11pagi,lebih kurang la.

P/S : beginilah cerita di tahan bermula...
 BAHAGIAN 2 AKAN MENYUSUL..
.TUNGGU..








Sunday 12 February 2012

GUNUNG TAHAN ( CERITA )

Program : OPS Malas Pemalas Tahan
Date : 21 - 27 Januari 2012
Lokasi : Sg. Relau - Kuala Tahan
Kos :
RM350.00 / Deposit RM150
Confirmation Date :
Sebelum 31 Disember 2011!!!
Line UP:- ( MERAPOH – KUALA TAHAN )

1)Abg Syeikh,
2)Abg Buntar,
3)Abg Shoqi,
4)Abg Chor,
5)Aku,
6)Fahmi,
7)Afiq,
8)Kak Pah,
9)Kak Mokja
Dan
10) Abg Peja (guider)
Yang tak di mention di line up nie,dorang ikot MERAPOH – MERAPOH.
Mini Tentatif :-
DAY 1 : Sg. Relau - Kuala Juram - Kuala Luis - Lata Luis – Kor
(Aduh MALASnya!!)
DAY 2 : Kor - Permatang – Kubang - Berlumut - Bonsai – Botak- Puncak
(Aduh MALAS Lagi!!)
DAY 3 : Puncak – Gedung- Reskit -Tangga 15 – Pangkin
(Aduh MALAS Dan MALASnya!!)
DAY 4 :Pangkin –Teku - Puteh
(Hmmm MALAS-MALASnya!!)
DAY 5 : Puteh – Melantai
(Arrghhh MALAS Lahhh!!! - Hahaha)
DAY 6 : Melantai – Kuala Tahan
(Oiii MALAS!!)
DAY 7 : MELEPAK DI RUMAH KAK PAH =)
(TAK MALAS PUN !!)
Contact : BULAT (016.607.0667) / DAUS (012.348.2248)
è Seronok tak baca tentatif di atas? Haaa, mari aku nak cerita. Sementara kejadian2 di Tahan nie masih segar dalam ingatan aku, cepat-cepat lah aku transfer ke blog nie. Untuk panduan di masa hadapan. Cewah. Huhu.
è Perasaan? Selepas kembali ke tanah rata nie, rindu pulak dalam hutan itu. Serius. Bagi aku sangat-sangat best. Nak pergi lagi nie. (bersemangat pulak aku nie). Huhu.
Okay!!
CERITA BERMULA~~~
Pengembaraan aku bermula 20 JANUARI 2012. Kenapa 20hb? Bukankah trip tu 21hb? Sebabnya~
aku dari Pahang naik ke KL untuk berkumpul dengan mereka2 nie. Aku naik bus pukul 5 petang sampai lebih kurang pukul 8 malam. Sebelum tu, aku memang takut gila sebab aku tak beli tiket awal2,memang tiket KL dri Jengka dah sold out. Aku apa lagi,gelabah ar. Macam mana aku nak naik KL? Nak tak nak,naik teksi ke Temerloh dengan 3 orang lain yang aku tak kenal. Kebetulan dorang nak cari tiket ke KL jugak. Okay. Selesai 1. Alhamdulillah.
TAPI!!
Sampai kat Temerloh,semua kaunter tiket ke KL sold out jgk. Aku dah nak nangis. Macam mana nie? Aku dah siap mesej abang Fendi da awal2,takot weh.
Lepas beberapa minit, ada seorang pakcik nak jual tiketnya. Alhamdulillah sangat2. Rezeki datang. Nie petanda baik nie. Tersenyum tak henti-henti aku dalam bas tu haa. Hehe.
Sampai kat KL Sentral lebih kurang 8 lebih. Sebelum tu,aku dari Pekeliling naik LRT ke Kelana Jaya then ahead tu KL Sentral. Memang pengembaraan yang sangat best. Dapat tengok orang macam2 jenis. And I love to travel like this. Huh! Jiwa backpackers la katakan. Haha.
Masa nilah aku kenal Fitri,ZairulNizam dan Salli. Kamiorang tunggu Cikgu pulak untuk ambil kamiorang. Berjalan dulu ke Uptown Setapak. Dorang cari carry mat. Aku? Ushar2 barang2 outdoor. Boleh tahanlah harga kat situ. Standard.
Dorang2 memang havoc la. Huhu.
Kami berkumpul di R&R Gombak. Masa nielah berkenalan dengan line up-line up.
Perjalanan diteruskan~~

HARI PERTAMA : Sg. Relau - Kuala Juram - Kuala Luis - Lata Luis – Kem Kor .

Berkenalan. Huhu. Aku sajalah sebab aku first time kenal dorang semua tu. Trip kali nie, seramai 21 orang + 2 orang guider. Tapi hari ke 3 nanti,kami akan berpecah. Sebab 1 group trun MERAPOH-MERAPOH. 1 lagi MERAPOH-KUALA TAHAN.
Selesai declare barang2,bahagi2 ration,dengar taklimat. Kami terus bergerak dari Sg. Relau ke Lata Luis terus ke Kem Kor. Subhanallah. Naik 4WD. Fisrt time kenal IBU. Huhu. Mama rock uh. Best gila naik 4WD nie. Best sebab jalan dia melambung-lambung. Huihhh. Kami berkumpul di Sanctuary Kelah. Waa,kali kedua main ikan kelah. Tapi kali nie dapat pegang saja. Licin and lincah sangat ikannya. Lebih kurang jam 1.00 petang kami bergerak ke Kem Kor (750 m ). Kena cross 4 sungai. Haha. Hari pertama dah kena basah2. Best. Bob and Khairul jadi penyelamat aku hari nie. Ok. First stop point at Lata Luis(558m) lepas 6km berjalan. Perjalanan diteruskan. Dari Lata Luis ke Kem Kor tinggal lagi 2.5km saja lagi. Terpaksa aku mengejar jejaka2 kalau tak mesti tertinggal. Dari 21 org,4 org aje wanita2. 2 dara 2 isteri org.agak2 dara tu siapa? Aku lah!! Haha. Kami sampai pukul 6.30 petang. Laju jugaklah. Trek hari pertama okay lagi. Malam aktiviti memasak. Kejadian ngeri berlaku!!
RATION JADI BANGKAI. Hahaha. Ayam yang kamiorang bawak busuk. Beg ZairulNizam ar paling kesian. Sebab dia yang bawa bangkai tu. Haha. Tak tahu apa silapnya. Redha ajelah tak akan makan ayam 5 hari nanti ( lagipun dah jemu dah makan ayam kat luar. Huhu.)



HARI KEDUA : Kor - Permatang – Kubang - Berlumut - Bonsai – Botak- Puncak .

Hari nie memang teruk. Abg Fendi nak shoot terus ke Puncak. Ini list jarak perjalanan kamiorang :
Kor – Permatang = 2.5km lebih kurang 1 jam
Permatang – Kubang = 3.5km lebih kurang 3 ½ jam ( memacak sahaja. Makan tengahari kat sini)
Kubang – Berlumut = 1.5km lebih kurang 1 jam (trail selut! Menyumpah habis lah korang kalau tenggelam. Haha)
Berlumut – Bonsai = 5.5km lebih kurang 3 jam (lebih macam Kubang ke Berlumut jugak)
Bonsai – Botak = 3km lebih kurang 2 jam (geng2 Abg Fendi shoot awal2. Aku,Salli,Abg Chor,Kak Pah,Abg Buntar,Kak Mokja makan maggi dulu kat sini. Haha. Kenyang woo. Dapat Rusky 3 bungkus. View pun cantik kat sini)
Botak – Puncak = 2.4km lebih kurang 1 jam. ( tapi perjalanan jadi 2 jam sebab kamiorang lepak tengok bintang dulu. Huhu. Cantik sangat2. Subhanallah )
Memang terkejar-kejar lah kamiorang. Ramai jugak yang mental. Aku pun hampir2 mentol! Nasib baik ade geng. Abg Chor, Fahmi and Bob. Kamiorang sampai puncak sama2. Sebelum tu,oleh kerana hari gelap,kamiorang pun dah nak mentol. Jadi, kami berhenti menikmati bintang di tengah2 Botak. Haha. Ingat2 balik,memang macam orang sewel da. Bob banyak merepek. Dia nampak tahi bintang. Macam2 jenis bintang la.Tapi kamiorg sampai jugak ke Puncak. Group terakhir sampai pukul 12 malam. Aku,Bob,Fahmi dan Abg Chor sampai pukul 9 lebih. Masa nie geng2 shooter tengah pasang fly. Dalam hati aku,nasib bukan orang terakhir. Group yang last tu lambat sampai sebab Kak Imah dah pewai. Guider ( Abg Peja ) cerita,dorang jadi lambat sebab melantak dulu kat Botak. Hampeh betul abg guider tu. . Tidur kat puncak memang best. Nasib baik hujan renyai2 aje,kalau tak mati kejung kamiorang semua rasanya. Sleeping bag pink dah lencun sebab tempat dia tidur tu air bertakung. Siapa guna sleeping bag pink? Haaaaaa. Cikgu punya. Haha. Cikgu Sains yang rock uh.

HARI KETIGA : Puncak – Gedung- Reskit -Tangga 15 – Pangkin

Pagi2 lagi kamiorang bergambar,tengok sunrise. Subhanallah. Cantik sangat. Kamiorang antara hikers yang bertuah sebab sepanjang trip tak hujan selain malam pertama itu saja. Bergambar sakan dulu. Hari ini lah kamiorang akan split up. 1 trun Merapoh, 1 lagi turun Kuala Tahan. Guider pun akan tinggal 1. Bye2 Abg Mat. Hye2 Abg Peja. Haha. 9 orang berjalan menuju jalan panjang. Hari ni, nampak view tercantik dalam hidup aku. Rasa nak menangis tengok kecantikan alam dari atas. Terasa diri nie rasa kecil sangat. Tengok tempat helicopter terhempas. Tengok taman periuk kera. Memang penuh dengan pokok periuk kera saja. Main lumpur,main batu,main akar. Condition semua dalam keadaan terbaik masa nie, sebab dapat tengok view. Kat Gedung view tercantik, Abg Khairul mula2 suruh kamiorang tidur di gedung tapi guider menasihatkan shoot trus ke Pangkin sebab malam nanti akan terasa azab sejuknya. Baik Abg Peja! Moment paling aku tak boleh lupa kat tangga 15. Uwaaaa,aku gayat. Tapi nasib baik ade geng, Fahmi pun gayat rupanya. Haha. Pejam mata saja mase naik turun tangga. Banyak cerun tinggi. Masa nie lah abseiling,repelling,wall climbing di practicekan. Trail kat trek nie menurun saja. Memang kalau lutut tak kuat memang tak lepas la. (nak kata lutut kamiorang nie still power lah. Haha.) Hati memang puas hati bila tengok belakang semula. Rasa bangga korang lepas turun dari 1 tempat ke 1 tempat. Baru puas. Kamiorang mengejar masa juga sebenarnya nie. Tak nak malam sangat sampai campsite.
Sampai kat campsite Pangkin area 8 malam. Nampak tikus besar kucing. Err, seram. Lagi satu,Water source kat sini payah betul nak ambil. 2 kali aku nak turun, 2 kali aku give up. Jauh gila nak turun bawah. Aku fikir habis energy aku saja kalau macam ni. Masa nie mental aku tak kuat dah kot. Huhu. Ade group Kuala- Kuala jugak kat situ. Tapi dorang sampai lambat sikit dari kamiorang.9 orang, 3 guider. Ada 3 gadis. Dari OGKL tak silap aku. Power ar dorang. Bilalah aku nak buat Kuala – Kuala pula. =). Malam nielah berkenalan dengan Abg Peja. Haha. Atas gunung die femes dengan panggilan Mat Besi. Best ar dapat guider sporting macam dia. Malam tidur berhimpit bawah fly 10 orang.. Aduhh, sempit tak ingat lah sebab tempat kecik. Aku,Kak Mokja and Kak Pah dah menggelongsor ke bawah. Tersedar sikit naik ke atas semula. Redha ajela. Haha.

HARI KEEMPAT : Pangkin –Teku – Puteh

Hari nie akan melintas 8 buah sungai. Hari nie condition aku tak baik. Tibe2 senggugut menyerang. Dinasihatkan kepada wanita2 kalau nak naik gunung check tarikh period korang dulu. Serius. Kalau tak,merangkak la korang. Nak tak nak kena jalan kalau tak jadual berubah. Nasib baik guider jadi sweeper hari nie,kalau tak laju semacam saja die berjalan. First stop dekat Teku. Sebelum sampai Teku, banyak lah cerita Abg Peja keluarkan.  Huhu. Nak jadi guider kena masuk kursus,ada borang dia. Dan macam2 lagi. Hati aku nie macam minat juga nak jadi guider Tahan one day. Tapi wallahualam. Kalau bakal husband aku tak bagi? Haa. Tutttt!!
Sambung balik cerita. XD
Kami dapat minum air teh sarsi. Sedap! Guider tunjuk pokok sarsi tu. Macam pokok biasa saja, ambil kulit dia and rebus dengan air teh. Memang terbaik ar. Lepas nie, korang jangan lupa mencuba tahu teh sarsi tu. Hilang segala lelah.
Sampai Teku lebih kurang 3 petang,kami terpaksa laju skit kalau tak meredah sungai dalam gelap la jawabnya. Mase nie aku baru tahu,aku takut AIR!! Air pun aku takot? Haha. Ingat2 balik memang kelakar. Pening tak hengat la mase nak cross sungai pertama tu. Nak nangis pun ade. Kenapa nampak air saja aku nak pitam.  Sungai ke 7 dan ke 8 kami terpaksa redah dalam gelap. Sebab masa tu dah jam 8 mlm. Kalau org lain paras pinggang,aku sorang sajalah paras dada. =.= Tak best jadi orang pendek nie. Hihi.
Sampai Puteh,pasang fly, kami sedia untuk masak. Tak lalu nak makan. Makan sikit aje. Abg chor dah pewai da. Lutut dia ada problem sikit tapi semangat dia memang power ar. Haa! Terlupa nak cerita! Tiap2 malam kami ade game khusus. Jejaka2 akan lawan makan kuaci. Dalam hutan nie baru aku tahu ade game makan kuaci. Siap dapat tips lagi macam mana nak makan kuaci dengan laju. Haha. Aku dan 2 orang lagi wanita2 memasak,dorang makan kuaci. Kiranya malam kamiorang akan bersuka ria. Sebab tu aku cakap trip nie best sebab semua sekepala.XD. pukul 12, selamat malam.

HARI KELIMA : Puteh – Melantai

Aku didera. Haha. Hari nie condition aku da ok. Senggugut ada lagi skit2 tapi layan lah kau senggugut. Aku ada misi untuk dihabiskan. Huhu. Aku dikerah untuk mengejar guider. Kami start trekking pukul 10 pagi .Dah la trek banyak pokok tumbang. Haa, tak lupa lalu trek yag Abg Fendi jatuh tahun lepas. Hehe. Selincah- lincah Abg Fendi tu pun boleh jatuh. Memang kelakar. Sampai 4.40 petang. Gila tak? Yang lain2 sampai 5.30. Aku,Abg Chor,Afiq and Abg Buntar with guider jadi group pertame sampai. Memang kena dera. Kami rest 2 kali saja. Rest pertama kat Kem Tengah. Makan tengahari kat situ. Kalau sampai kat Kem Tengah nie jangan lupa cuba air mineralnya. Sangat sedap. Percayalah. Tapi elakkan tidur di kem ini sebab agak keras tempatnya. After 1 hour trekking,rest 5 minit.Then terus ke Melantai. Memang gila ah. Aku muntah lepas sampai. Ahha. Tapi santai. Go fishing . Haha. Dapatlah beberapa ikan. Yang lain2 pasang fly,memasak. Kami mencari ikan. Best~~
Malam kami makan, tapi aku memang tak lalu nak makan. Kena dera kan? Haha. Malam nie xtvt dorang main kad and makan kuaci. Tambah 1 lagi aktiviti wajib. Mengenakan wanita2. Aku, Kak Pah and Kak Mokja dah lali da. Dah 4 malam dah kena macam tu. Dah biasa. Haha. Tapi malam nie shiott daripada biasa!!
Ceritanya .. ..
Masa trekking ke Kem Melantai ada 1 kayu itu bentuk dia macam penis lelaki. Ei!!!!!!!!!!!!!!!! Aku nak tulis nie pun loya. Haha. Bodoh betul siapa yang buat art dalam hutan tu. Aku terpegang benda tu. Tu kerja Abg Peja la tu saja suruh aku pegang batang tu. Haha. Aku mana tahu benda tu apa mula2. Malu sangat2!! Masa tu aku dengan lelaki2 saja. Kak Mokja and Kak Pah kat belakang lagi. Huhu. Gelak tak hengat dunia ar dorang. Malam tu memang dorang asyik ulang benda yang sama ar. Kalau korang naik Tahan nanti,korang tanya la guider korang,cari kayu tu. Haha. Dah2. Tidur.

HARI KE ENAM : Melantai – Kuala Tahan

Hari last. Sedih. Hati memang nak keluar sangat dari hutan nie tapi tak nak berpisah dengan dorang. =(
Hari nie gerak lambat. Pukul 11 pagi baru kami bergerak. Kaki nie memang laju saja melangkah. Huhu. Aku berlari2 dah tapi tiba2! Kaki melecet aku pecah! Gila sakit tak hingat ar. Elok2 duk depan, aku jadi orang last. Huhuhuhu. Sakit nak nangis. Nasib baik guider sudi jadi sweeper lagi hari nie.Haha. Kaki kena pacat pulak. Redha ajelah. Huhu. Tapi lepas jambatan ke 3,aku rase kaki aku nie aku dah ok. Aku berlari dengan Abg Peja. Haha. Jadilah orang pertama sampai di Kuala Tahan. Tengok sign board, dari Kuala Tahan naik Gunung Tahan, 55km.Pergh. Jauh tu. Berakhirlah trip aku kali nie. Yang lain2 sampai 5-8 minit lepas tu . Alhamdulillah. Berjaya jugak misi aku kali nie. Aku dah buktikan pada diri aku sendiri. NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY. InsyaAllah kalau korang ada semangat,korang pasti dapat apa yang korang hajatkan. Jangan ikut cakap orang,kalau korang rasa diri korang boleh, go on. Pesanan untuk diri dan semua. Kami tidur di Agoh Chalet malam nie. Berjalan2 menikmati Kuala Tahan. Kereta Abg Khairul rosak .Dia dari KL nak ambil kami semua tapi terpaksa tunggu esok. Makan percuma malam nie. Huhu. (^^)

HARI KETUJUH : MELEPAK DI RUMAH KAK PAH =)

Tiada dalam tentative formal tapi dalam tentative kami ada. Huhu. Aku paksa Abg Peja ikut. Yang pergi 10 orang. Abg Buntar dah balik malam tu. Yang ikut ke rumah Abg Syeikh and Kak Pah : Abg Chor, Abg Shoqi,Fahmi , Afiq, Aku,Abg Peja ,Abg Apek and Kak Mokja. Kami masak sama2. Main game dengan Fahmi. Siapa dapat buang ekor tauge dengan cepat, dia menang. Haha. Akulah menang. Aku try makan ikan patin dan tilapia. Huhu. Tapi sikit ajela. Huhu. Petang masak kuih koci pulak. Fahmi and Afiq tunjuk skill balut koci. Aku? Failed! Haha. Tapi jadilah jugak. Kui3. Petang dorang blik. Abg Peja balik naik keretapi pukul 2.30 pagi,yang tinggal rumah Kak Pah, Aku and Abg Shoqi sajalah. Belajar tentang keretapi. Haha. Tak pernah lagi naik keretapi. Monorel and lrt pernahla. Hihi. The end of my journey. Esok aku akan pulang ke Jengka. Sebelum ke Jengka, kami ke Gunung Senyum sekejap.


Pengajaran/pengalaman dari trip nie :
Be prepare. Dare to be strong. Believe in yourself.
Gonna miss everyone. Jumpa lagi the next trip. Dorang akan ke Chemerong pulak 4,5,6 hb nie tapi aku tak rasanya. Berehat dulu. Kumpul duit. Huhu. Thanks semua.
Mostly to Abg Fendi, Abg Amer and Abg Peja because trust on me. Thanks juga kepada semua kerana menjaga saya. Sayang korang semua. <3 <3

P/S : GAMBAR GUNUNG TAHAN AKAN DI MASUKKAN KEMUDIAN. NANTIKAN TAW.

Saturday 7 January 2012

SEMANGATKU

SPIRIT OF LIFE

Kenapa aku bagi nama blog aku macam nie?

Kerana setipa perkara yang berlaku dalam hidup aku, sentiasa membakar semangat aku untuk terus maju dalam kehidupan.

 “Yakinlah ALLAH sentiasa ada dalam setiap perbuatanmu, nescaya terpeliharalah kamu. 
Buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap orang tidak lepas dari masalah, tapi sentiasalah jadikan masalah tu sebagai satu cabaran. Tak fun lah hidup kalau tak ada masalah kan? 
Jangan asyik menangis tentang kesalahan korang yang dah lepas. Yang dah lepas tu, lepaslah. 
Let bygone be bygone. Korang takkan boleh putar masa. Huhu. (tengah banyak semangat nie . kui3)

p/s: ya Allah, berikanlah hambaMu ini petunjuk dan hidayah. Aminn.

Thursday 5 January 2012

Pengenalan Tentang Diri Ini




Assalamualaikum w.b.t semua pembaca!
Sebelum anda semua menjelajahi dengan ‘excited’ nya blog saya ini, saya perkenalkan diri saya dahulu .
#Maaf ayat terlalu skema. Haha.# .
PROFILE TUAN PUNYA BLOG
Name : ALIA FARHANA BINTI MOHD ADNAN
Hometown : BANDAR JENGKA , PAHANG
Career : STUDENT OF ELECTRONIC (INDUSTY) ENGINEERING, UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Others : ANDA SEMUA AKAN TAHU NANTI~~
P/S : Aku mencuba untuk menjadikan blog aku nie santai. But what the hell aku terlalu skema nie??
#penggunaan bahasa pasar @ bahasa Malaysia baku korang prefer? Leave a comment @ just shout, ^^ #

Saturday 17 December 2011

ROWING

Assalamualaikum semua!!!
Dah lame tak menjenguk ini blog maa..
Entah2 blog nie pun da merajuk sbb lme ta lyn die…
Busy sangat dah sekarang..
Busykerr??? Busy ke time bukak nota nak study, tangan mengetik keyboard lappy..
Click google and search facebook….
Bila line wifi lambat mulalah otak meracau,mulut menyumpah..last-last nota yg tade buat salah paper tu kne close..trus pnjt katil and tidur.. BUSYKAH BEGITU?? XD..haha..bilalah aku nak sedar diri nie..
Exam final is coming soon..
4 January  until 17 January. . .highlite skett~~
Wish me luck semua!!!
RECENT ACTIVITIES??
Yupssss, rowing.. apekah rowing?? Nak taw crik sndri la.. bwerkk.. *sambil jelir lidah..ade google ape gune kalo tak diguna.. btol tak?? Hehe..
Training just gune aergo machine a.k.a equipment  rowing indoor..apekah lagi ergo,agro itu?? SEARCH laa google..haha..*kejamnyer aku nie…
Hiking ape cer??? Supposedly sekarang aku nie ade ats Gunung Rajah tapi aku terpakse cancel out..sebab ape??
(i)                  Pitih.pitih kering boh..
(ii)                Dan lain-lain..
^^
Kesedihan melanda tibe2!!
Wifi slow lagi… nak upload gmbr byk2 ke blog nie tapi..=.=
Al-maklumlah benda free memg mcm nie..
p/s: terus support saye!! Im the newbie in this world!! ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...